Wednesday, September 16, 2009

terkenang kisah2 waktu remaja

kebelakangan ni, dengan kemudahan internet aku dapat berhubung dgn member2 lama. some of them dah 20 tahun tak dengar kabar berita.. i feel happy for them as few of them hv gotten the chance to further their education to PhD level, some up to Masters level. as for me, i just need the basic degree..the rest it experience. memang cita2 daripada kecik nak buat gak PhD, tapi , mungkin tak kesampaian lagi..biarla masa yg menentukan.. these friends are those memang ulat buku pun sewaktu kat kolej dulu..iyerla rexki, jodoh, ajal semua dalam ketentuan Illahi..

walau apa pun terjadi, berjalan lah tanpa henti..

Tuesday, September 15, 2009

senang begini..

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ramai jugak lelaki yang cuba merapati dan berkenalan dengan aku. entah, rasa macam dah tak layak nak berkawan dengan org yg berlawanan jenis ni, lagipun dah malas nak bercinta2..dah tak de masa..baik aku jaga mak bapak aku yg dah tua tu, anak2 sedara aku yg duduk ngan aku..

bukan apa, lelaki2 yg mendekati aku ini semua mempunya satu fikiran yg sama jer.. semua ingat aku ni berharta, berduit. ada tu yg tak pernah jumpa pun, tapi, dah nak pinjam duit.bukan skit plak tu. nasib baik aku ni pun bukannye berduit sangat..makan gaji macam tu la, belum cukup bulan dah kering.. ada tu yg tanya berapa gaji aku, berapa pencen arwah aku dapat, pakai kereta apa, suruh belikan tiket utk dia pergi melawat anak dia yg baru pergi belajar kat mesir tu, mintak bayarkan duit dobi laa.. hemm.... ada ke patut.. walau pun mungkin secara berlawak., tapi itu kan hak peribadi.. dulu, duit gaji aku arwah tak pernah tanya berapa dan aku pun tak pernah tanya gak berapa gaji arwah. kalau ada dia bagi utk belanja aku amik laa.. hemm... heran aku..lelaki2 sekarang ni.. bukannya muda.. dah tua pulak tu..dah dekat nak pencen gak tu..


mula2 lelaki ni mendekati atas dasar kasihan, mngkin aku akan terharu la.. tapi, lama2 selepas berkenalan, tanya macam2, bila dapat tau balu tu berduit skit, mula laa.. atau dapat tahu balu tu bergetah ke , cun ke skit, mula la menggatal..

aku pun tengok gak ramai kakak kat opis aku ni yg membalu..tapi tak nikah2 lagi..kes nyer sama laa macam aku..ramai lelaki yg mendekati ada sebab2 tersendiri..ingat balu2 ni byk duit, padahal, kita org pun macam org lain, nak kena bayar bil macam2 gak..anak sekolah, nak jaga mak ayah yang dah tua lagi..walau memang kadang2 sunyi, tapi, lelaki bukanlah agenda utama dalam hidup kita org.. kasih pada arwah suami yg telah pergi masih menebal..

buat jantan-jantan ( aku rasa mereka ini layak dipanggil jantan jer) walau pun aku dan beberapa ramai lagi yang sewaktu denganku, kami masih mampu mempertahankan maruah kami sebagai balu.. ramai jantan2 di luar sana yang suka amik kesempatan.. golongan lelaki yang benar2 ikhlas, jujur dan terusterang semakin pupus dan sukar dicari..

Tuesday, September 8, 2009

rumah papa di Bukit Mahkota Bangi Lama. di duduki sejak 1.1.2007. macam2 dah jadi kat umah tu. aku kawin, Epi kawin. tak tahu lagi apa nak jadi..just take one step at a time..di sini jugak aku kembali menetap setelah pemergian arwah 11.02.2009.

Thursday, September 3, 2009

this two is my favorite nieces. they cheer up my life n at the same time always make my head spin..hehehe